Apa khabar? Cikgu Radia harap semua yang membaca entri blog ini sihat walafiat ya.
Sudah begitu lama tidak menulis post entri blog selepas sahaja ia dicipta. Maklumlah, ia dicipta sebelum kita semua dilanda pandemik dahsyat sehingga sekarang yang dipanggil COVID-19. Bayangkan selepas sebulan sahaja Kelas Membaca beroperasi, kelas terpaksa ditutup berikutan PKP bermula pada 18 Mac 2020. Syukur Alhamdulilah Kelas Membaca beroperasi semula pada 10 Jun 2020 sehingga sekarang. Cikgu Radia tak nak cerita panjang-panjang sebab banyak betul peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas.
Berbalik pada tajuk blog Lokasi Baru Kelas, lokasi kelas telah berpindah ke tempat baharu iaitu seperti yang tertulis di bawah ;
Kawasan ini lebih selesa dan berada di bandar berbanding sebelum ini berada di kawasan Kg. Sg. Tiram. Bukan apa, ibubapa yang menghantar anak pun selesa kerana jalan raya masuk memang luas dan mudah parking berbanding dengan lokasi lama. Alhamdulillah line di sini pun ok walaupun pada mulanya line on off. Oleh sebab Cikgu Radia terjumpa satu kedudukan tarikan line agak kuat. Maka, dengan itu, dapatlah juga hotspot fon ke laptop. Kalau tidak, jangan kata nak bukak blog, terima mesej Whatsapp pun susah!
Semoga berada di Bandar Cemerlang menjadikan hidup bertambah lebih baik, rezeki melimpah.Tahun baru, suasana baru, jiran baru, susunan baru dan aura baru. Berjumpa lagi pada entri akan datang!
No comments:
Post a Comment