Sunday, February 21, 2021

Pembukaan Sesi Persekolahan 2021

 

Assalamualaikum pembaca setia blog Cikgu Radia,

Entri kali ini adalah perkongsian tentang pembukaan sesi persekolahan sesi 2021 yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini. Pembukaan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat yang mana Pra Sekolah, Tahun 1 dan 2 akan bermula 1 Mac 2021.


Mesti semua dah tak sabar kan nak pergi sekolah berjumpa cikgu dan kawan-kawan kan? 

Maklumlah, kelas online dengan kelas bersemuka memang tak akan pernah sama rasanya yang mana belajar bersemuka sangat seronok berbanding dengan kelas dalam talian. Mungkin pada mulanya sahaja rasa seronok kerana ia sesuatu yang baru. Namun, lama kelamaan rupanya belajar di sekolah secara bersemula lebih seronok kerana salah satunya guru yang mengajar dengan ibubapa yang mengajar memang tidak sama. Tekanan lebih kepada ibubapa kerana kebanyakan mereka bukanlah seorang pendidik tambahan pula subjek yang perlu ditinjau bukan satu atau dua tetapi lebih dari 5 subjek. Boleh bayang tekanan ibubapa yang terpaksa mengendalikan kelas online anak-anak. Ada juga yang tidak dapat follow up kelas online anak-anak kerana Ibubapa juga ada tugas lain yang perlu dilakukan seperti kerja-kerja rumah, kerja-kerja pejabat, jualan online, dan sebagainya. Jadi jangan hairan kenapa ibu atau bapa garang lagi dahsyat daripada guru disiplin sewaktu mengajar anak-anak sehingga sampai satu tahap anak-anak jenuh nak belajar online dan akhirnya offline selama berhari-hari. Banyak sebenarnya kisah atau ragam ibubapa dan anak-anak sepanjang pembelajaran PDPR.

Berbalik pada pembukaan sesi persekolahan, berikut adalah jadualnya:


Apapun, kita semua masih hidup dalam fasa pandemik, SOP yang ditetapkan KKM sama-sama kita semua patuhi ya. Semoga pembelajaran anak-anak dan semua barisan pentadbir dan guru dalam fasa pandemik dilindungi dan terpelihara daripada COVID-19

Sunday, February 14, 2021

Seronoknya Belajar di Kelas Cikgu Radia

 Hi semua 😃

Assalamualaikum . . .

Baru semalam update entri terkini, kali ini adalah perkongsian pengalaman belajar di kelas Cikgu Radia. Apa yang seronok sebenarnya belajar di kelas Cikgu Radia ? Sudah tentu sebab ada sesi bermain. Mana budak tak suka kan? hihi

Tahukah anda bahawa pentingnya ada sesi 'Play Time' semasa belajar ? Mengapa perlu ada 'Play Time' ?

Secara fitrahnya, kanak-kanak memang suka bermain. Cuba lihat gambar di bawah (Diambil semasa Program Hero Membaca Dis 2020)

Harraz, Zafirah, Farish, Mushawwir, Muhaimin & Zahra

Menerusi bermain, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif belajar kerana mood mereka telah terbina semasa bermain dan secara tidak langsung menjadikan mood belajar seronok dan teruja. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan mudah mengingati sesi pembelajaran mereka. 

Oleh itu, semua yang pernah menyertai Kelas Membaca Bersama Cikgu Radia akan berasa seronok belajar. Buat masa sekarang, slot ketiga-tiga sesi kelas masih penuh.






Saturday, February 13, 2021

Lokasi Baru Kelas

Assalamualaikum dan hai semua,

Apa khabar? Cikgu Radia harap semua yang membaca entri blog ini sihat walafiat ya.

Sudah begitu lama tidak menulis post entri blog selepas sahaja ia dicipta. Maklumlah, ia dicipta sebelum kita semua dilanda pandemik dahsyat sehingga sekarang yang dipanggil COVID-19. Bayangkan selepas sebulan sahaja Kelas Membaca beroperasi, kelas terpaksa ditutup berikutan PKP bermula pada 18 Mac 2020. Syukur Alhamdulilah Kelas Membaca beroperasi semula pada 10 Jun 2020 sehingga sekarang. Cikgu Radia tak nak cerita panjang-panjang sebab banyak betul peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas. 

Berbalik pada tajuk blog Lokasi Baru Kelas, lokasi kelas telah berpindah ke tempat baharu iaitu seperti yang tertulis di bawah ;



Kawasan ini lebih selesa dan berada di bandar berbanding sebelum ini berada di kawasan Kg. Sg. Tiram. Bukan apa, ibubapa yang menghantar anak pun selesa kerana jalan raya masuk memang luas dan mudah parking berbanding dengan lokasi lama. Alhamdulillah line di sini pun ok walaupun pada mulanya line on off. Oleh sebab Cikgu Radia terjumpa satu kedudukan tarikan line agak kuat. Maka, dengan itu, dapatlah juga hotspot fon ke laptop. Kalau tidak, jangan kata nak bukak blog, terima mesej Whatsapp pun susah!

Semoga berada di Bandar Cemerlang menjadikan hidup bertambah lebih baik, rezeki melimpah.Tahun baru, suasana baru, jiran baru, susunan baru dan aura baru. Berjumpa lagi pada entri akan datang!