Sunday, February 21, 2021

Pembukaan Sesi Persekolahan 2021

 

Assalamualaikum pembaca setia blog Cikgu Radia,

Entri kali ini adalah perkongsian tentang pembukaan sesi persekolahan sesi 2021 yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini. Pembukaan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat yang mana Pra Sekolah, Tahun 1 dan 2 akan bermula 1 Mac 2021.


Mesti semua dah tak sabar kan nak pergi sekolah berjumpa cikgu dan kawan-kawan kan? 

Maklumlah, kelas online dengan kelas bersemuka memang tak akan pernah sama rasanya yang mana belajar bersemuka sangat seronok berbanding dengan kelas dalam talian. Mungkin pada mulanya sahaja rasa seronok kerana ia sesuatu yang baru. Namun, lama kelamaan rupanya belajar di sekolah secara bersemula lebih seronok kerana salah satunya guru yang mengajar dengan ibubapa yang mengajar memang tidak sama. Tekanan lebih kepada ibubapa kerana kebanyakan mereka bukanlah seorang pendidik tambahan pula subjek yang perlu ditinjau bukan satu atau dua tetapi lebih dari 5 subjek. Boleh bayang tekanan ibubapa yang terpaksa mengendalikan kelas online anak-anak. Ada juga yang tidak dapat follow up kelas online anak-anak kerana Ibubapa juga ada tugas lain yang perlu dilakukan seperti kerja-kerja rumah, kerja-kerja pejabat, jualan online, dan sebagainya. Jadi jangan hairan kenapa ibu atau bapa garang lagi dahsyat daripada guru disiplin sewaktu mengajar anak-anak sehingga sampai satu tahap anak-anak jenuh nak belajar online dan akhirnya offline selama berhari-hari. Banyak sebenarnya kisah atau ragam ibubapa dan anak-anak sepanjang pembelajaran PDPR.

Berbalik pada pembukaan sesi persekolahan, berikut adalah jadualnya:


Apapun, kita semua masih hidup dalam fasa pandemik, SOP yang ditetapkan KKM sama-sama kita semua patuhi ya. Semoga pembelajaran anak-anak dan semua barisan pentadbir dan guru dalam fasa pandemik dilindungi dan terpelihara daripada COVID-19

Sunday, February 14, 2021

Seronoknya Belajar di Kelas Cikgu Radia

 Hi semua 😃

Assalamualaikum . . .

Baru semalam update entri terkini, kali ini adalah perkongsian pengalaman belajar di kelas Cikgu Radia. Apa yang seronok sebenarnya belajar di kelas Cikgu Radia ? Sudah tentu sebab ada sesi bermain. Mana budak tak suka kan? hihi

Tahukah anda bahawa pentingnya ada sesi 'Play Time' semasa belajar ? Mengapa perlu ada 'Play Time' ?

Secara fitrahnya, kanak-kanak memang suka bermain. Cuba lihat gambar di bawah (Diambil semasa Program Hero Membaca Dis 2020)

Harraz, Zafirah, Farish, Mushawwir, Muhaimin & Zahra

Menerusi bermain, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif belajar kerana mood mereka telah terbina semasa bermain dan secara tidak langsung menjadikan mood belajar seronok dan teruja. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan mudah mengingati sesi pembelajaran mereka. 

Oleh itu, semua yang pernah menyertai Kelas Membaca Bersama Cikgu Radia akan berasa seronok belajar. Buat masa sekarang, slot ketiga-tiga sesi kelas masih penuh.






Saturday, February 13, 2021

Lokasi Baru Kelas

Assalamualaikum dan hai semua,

Apa khabar? Cikgu Radia harap semua yang membaca entri blog ini sihat walafiat ya.

Sudah begitu lama tidak menulis post entri blog selepas sahaja ia dicipta. Maklumlah, ia dicipta sebelum kita semua dilanda pandemik dahsyat sehingga sekarang yang dipanggil COVID-19. Bayangkan selepas sebulan sahaja Kelas Membaca beroperasi, kelas terpaksa ditutup berikutan PKP bermula pada 18 Mac 2020. Syukur Alhamdulilah Kelas Membaca beroperasi semula pada 10 Jun 2020 sehingga sekarang. Cikgu Radia tak nak cerita panjang-panjang sebab banyak betul peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas. 

Berbalik pada tajuk blog Lokasi Baru Kelas, lokasi kelas telah berpindah ke tempat baharu iaitu seperti yang tertulis di bawah ;



Kawasan ini lebih selesa dan berada di bandar berbanding sebelum ini berada di kawasan Kg. Sg. Tiram. Bukan apa, ibubapa yang menghantar anak pun selesa kerana jalan raya masuk memang luas dan mudah parking berbanding dengan lokasi lama. Alhamdulillah line di sini pun ok walaupun pada mulanya line on off. Oleh sebab Cikgu Radia terjumpa satu kedudukan tarikan line agak kuat. Maka, dengan itu, dapatlah juga hotspot fon ke laptop. Kalau tidak, jangan kata nak bukak blog, terima mesej Whatsapp pun susah!

Semoga berada di Bandar Cemerlang menjadikan hidup bertambah lebih baik, rezeki melimpah.Tahun baru, suasana baru, jiran baru, susunan baru dan aura baru. Berjumpa lagi pada entri akan datang!

Saturday, January 11, 2020

SETUP TEMPAT KELAS MEMBACA & TUISYEN

Assalamualaikum pembaca blog Cikgu Radia, entri kali ini adalah tentang setup tempat untuk KELAS MEMBACA & TUISYEN. Cikgu Radia memilih sudut di ruang tamu kerana ia agak luas dan sesuai dijadikan tempat kelas. Di bawah ini Cikgu Radia kongsikan sedikit pengalaman persediaannya.

Ruangan Hadapan
Melihat dari segi persediaan sudut, ia bermula dari imaginasi Cikgu Radia. Ha! Bukan mudah sebenarnya buat tempat ini kerana mengambil masa berbulan juga. Dari tahun lepas bulan Ogos 2019 Cikgu Radia dah ada perancangan untuk 2020. Tetapi nak gerakkan sedikit payah kerana kalau boleh nak sekaligus buat. Namun, kena sabar dan satu per satu selesaikan. Antara barang yang diperlukan untuk kelas ini seperti fail pengurusan, whiteboard Adhesive (main lekat je), banting, meja jepun, buku bacaan dan buku latih tubi untuk tuisyen.

Ruangan di Dalam
Barang utama untuk menghasilkan tempat ini sebenarnya divider plywood. Kalau tak ada plywood ni macam mana nak buat kelas kan. Terdedahlah. Bab mencari plywood ni huh! bukan senang nak mencari. Habis merata juga mencari rupanya dekat area tempat Kelas Memandu Ulu Tiram tu ada situ jual plywood. Sebelum itu, plywood ini asalnya solid dan tidak ada apa-apa setup untuk dijadikan divider. Kalau ready made adduii harga memang menawan. haha! Adakalanya bab menghasilkan buah fikiran divider plywood ni kadang boleh perang dunia (perang-perang sayang,>,<). Ya Allah! Satu nak A, yang nak satu kena B baru ok...potpetpotpet....Akhirnya, Alhamdulillah hasil buah fikiran mamak (ibu sayang), abah dan saya, maka terhasillah yang dah siap ni!Huhu


Ada sebab sebenarnya Cikgu Radia mengehadkan pengambilan pelajar. Pertama, tempatnya hanya boleh memuatkan kurang dari 8. Tetapi Cikgu Radia ambil 5 orang pelajar untuk setiap sesi. Ini bermakna untuk kelas membaca 3 sesi lebih kurang dalam 15 orang, manakala untuk kelas tusiyen dalam 10 orang sahaja. Kedua, Cikgu Radia mementingkan kualiti untuk memastikan setiap pelajar di bawah bimbingan Cikgu Radia berjaya. InsyaaAllah!

Ruangan Media & Pencetakan
Pada masa yang sama juga, Cikgu Radia ada sudut bekerja (Office Corner) untuk pengurusan fail, bahan bacaan dan pencetakan. Ceehhhh! Senang sebenarnya untuk urus fail pelajar dan pada masa yang sama meninjau pelajar semasa diberi kerja.

Tuesday, December 31, 2019

IKLAN JOM TUISYEN BERSAMA CIKGU RADIA


Assalamualaikum pembaca blog Cikgu radia, di atas ini adalah iklan Jom Tuisyen Bersama Cikgu Radia bagi subjek Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Terbuka kepada pelajar menengah rendah tingkatan 1,2, & 3. Jom tengok iklan yang tertera di atas. 

Di bawah ini pakej yuran bulanan dengan harga berpatutan. Bukan dikira per jam tau, tetapi per bulanan terus. Pendaftaran adalah RM50 yang dikenakan ke atas setiap pelajar dan dibayar sekali sahaja.


IKLAN KELAS MEMBACA BERSAMA CIKGU RADIA

Assalamualaikum semua pembaca blog Cikgu Radia, di atas ini adalah iklan Kelas Membaca Bersama Cikgu Radia yang akan dibuka pendaftaran bermula pada 12 Januari 2020 sehingga hujung bulan Januari 2020. Kelas Membaca akan bermula Februari 2020. Tempat adalah terhad! Hanya 5 murid untuk setiap sesi.


Sesiapa ada kenalan, keluarga, saudara mara atau sahabat yang memiliki anak-anak yang memerlukan kelas membaca sekitar Kg. Sg. Tiram, bolehlah daftar mereka di Kelas Membaca Bersama Cikgu Radia. Hubungi terus ke nombor 0139094836 atau datang terus ke lokasi yang tertera pada iklan di atas. Waktu pendaftaran adalah Setiap hari Ahad - Khamis dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Di bawah ini pakej yuran bulanan dengan harga berpatutan. Kelas membaca juga bukan dikira per jam tau, tetapi juga per bulanan terus. YURAN PENDAFTARAN adalah sebanyak RM50 dikenakan ke atas setiap pelajar dan dibayar sekali sahaja. Boleh pilih mana-mana pakej dan masa kelas.

JANGAN RISAU tentang waktu persekolahan sesi pagi atau petang kerana Cikgu Radia membuka 3 sesi kelas iaitu sesi pagi (9 am - 11 am), sesi petang (3 pm - 5 pm) & sesi malam (8 pm - 10 pm).


Apa tunggu lagi! Jom daftar KELAS MEMBACA BERSAMA CIKGU RADIA sekarang!

SELAMAT TAHUN BARU 2020

Selamat Menyambut Tahun baru 2020 🤗, AZAM BARU, MISI BARU & TARGET BARU.


ADAKAH ANAK ANDA KATEGORI DI BAWAH 👇
🌹BELUM PANDAI MEMBACA
🌹SUKAR MEMBACA SEBAB MENGEJA
🌹BELUM LANCAR MEMBACA

Jangan risau lagi!
Kini Cikgu Radia boleh membantu mengatasi masalah di atas dengan menggunakan kemahiran fonetik. Memang berkesan!

Kelas Membaca bersama Cikgu Radia menawarkan 3 kelas membaca :
📚Kelas Membaca BAHASA MELAYU
📚Kelas Membaca BAHASA INGGERIS
📚Kelas Membaca JAWI

Terbuka kepada murid :
👦 Prasekolah,
👦 Sekolah Rendah,
👦 bahkan Sekolah Menengah
yang mengalami masalah membaca. Jangan malu untuk menyertai Kelas Membaca Bersama Cikgu Radia. InsyaaAllah Cikgu Radia akan bantu sampai berjaya!

KELAS MEMBACA BERSAMA CIKGU RADIA dibuka setiap hari Ahad - Khamis
🗓 AHAD (KELAS MEMBACA JAWI)
🗓 ISNIN & SELASA (KELAS MEMBACA BM)
🗓 RABU & KHAMIS (KELAS MEMBACA BI)

Risau waktu persekolahan bertindih dengan kelas membaca? Jangan Risau, Cikgu Radia membuka 3 sesi kelas :
⏰ 9 pagi - 11 pagi
⏰ 3 petang - 5 petang
⏰ 8 malam - 10 malam
Tempoh setiap sesi adalah 2 jam dengan harga yang berpatutan 💰💰💰

BERMINAT???
Hubungi Cikgu Radia sekarang menerusi aplikasi WhatsApp @ Telegram (0139094836) untuk pertanyaan lebih lanjut.

📌PENGAMBILAN BATCH PERTAMA TELAH DIBUKA, DAFTAR SEKARANG! KELAS BERMULA BULAN FEBRUARI 2020

TEMPAT ADALAH TERHAD!!! Hanya 5 murid untuk setiap sesi. Cikgu Radia mengutamakan kualiti daripada kuantiti.

🏡LOKASI KELAS :
Lot 501-65 (Rumah Warna Ungu),
Lorong Mulia 7, Batu 16 Setengah,
Kg. Sg. Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor