Assalamualaikum pembaca blog Cikgu Radia, entri kali ini adalah tentang setup tempat untuk KELAS MEMBACA & TUISYEN. Cikgu Radia memilih sudut di ruang tamu kerana ia agak luas dan sesuai dijadikan tempat kelas. Di bawah ini Cikgu Radia kongsikan sedikit pengalaman persediaannya.
![]() |
Ruangan Hadapan |
Melihat dari segi persediaan sudut, ia bermula dari imaginasi Cikgu Radia. Ha! Bukan mudah sebenarnya buat tempat ini kerana mengambil masa berbulan juga. Dari tahun lepas bulan Ogos 2019 Cikgu Radia dah ada perancangan untuk 2020. Tetapi nak gerakkan sedikit payah kerana kalau boleh nak sekaligus buat. Namun, kena sabar dan satu per satu selesaikan. Antara barang yang diperlukan untuk kelas ini seperti fail pengurusan, whiteboard Adhesive (main lekat je), banting, meja jepun, buku bacaan dan buku latih tubi untuk tuisyen.
![]() |
Ruangan di Dalam |
Barang utama untuk menghasilkan tempat ini sebenarnya divider plywood. Kalau tak ada plywood ni macam mana nak buat kelas kan. Terdedahlah. Bab mencari plywood ni huh! bukan senang nak mencari. Habis merata juga mencari rupanya dekat area tempat Kelas Memandu Ulu Tiram tu ada situ jual plywood. Sebelum itu, plywood ini asalnya solid dan tidak ada apa-apa setup untuk dijadikan divider. Kalau ready made adduii harga memang menawan. haha! Adakalanya bab menghasilkan buah fikiran divider plywood ni kadang boleh perang dunia (perang-perang sayang,>,<). Ya Allah! Satu nak A, yang nak satu kena B baru ok...potpetpotpet....Akhirnya, Alhamdulillah hasil buah fikiran mamak (ibu sayang), abah dan saya, maka terhasillah yang dah siap ni!Huhu
Ada sebab sebenarnya Cikgu Radia mengehadkan pengambilan pelajar. Pertama, tempatnya hanya boleh memuatkan kurang dari 8. Tetapi Cikgu Radia ambil 5 orang pelajar untuk setiap sesi. Ini bermakna untuk kelas membaca 3 sesi lebih kurang dalam 15 orang, manakala untuk kelas tusiyen dalam 10 orang sahaja. Kedua, Cikgu Radia mementingkan kualiti untuk memastikan setiap pelajar di bawah bimbingan Cikgu Radia berjaya. InsyaaAllah!
![]() |
Ruangan Media & Pencetakan |
Pada masa yang sama juga, Cikgu Radia ada sudut bekerja (Office Corner) untuk pengurusan fail, bahan bacaan dan pencetakan. Ceehhhh! Senang sebenarnya untuk urus fail pelajar dan pada masa yang sama meninjau pelajar semasa diberi kerja.